Miss Universe Malaysia

Miss Universe Malaysia
Kerangka
Cogan kataBeauty Beyond You
Jenis/bentuk sahPertandingan kecantikan
Keanggotaan Miss Universe
Bahasa rasmi
Tapak webweb rasmi mumo.my
Sejarah
Dibentuk1963
Pengurusan
Pengarah KebangsaanElaine Daly
Organisasi indukMiss Universe Malaysia Organization (MUMO)
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiMiss Malaysia Universe
Lokasi
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Miss Universe Malaysia merupakan salah satu pertandingan kecantikan terbesar di Malaysia yang menghantar pemenangnya ke pertandingan Miss Universe.

Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 oleh mendiang Encik Liu Chang Lan dan pemenang asal Miss Malaysia Universe ialah YBhg. Che Puan Sri Kelana D'Raja Kelantan Almarhumah Datin Nik Azizah Nik Yahya dari Kelantan walaupun Malaya telah menghantar peserta pertama ke Miss Universe iaitu Sarah Alhabshee Abdullah pada tahun 1962. Pertandingan ini juga merupakan salah satu pertandingan ratu cantik tertua di Malaysia.

Pemenang Miss Universe Malaysia akan mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe. Apabila pemenang tidak layak (atas sebab umur atau faktor lain) maka seorang naib juara akan dihantar.

Miss Universe Malaysia 2020 ialah Francisca James berasal dari Sarawak[1] yang dinobatkan pada 5 September 2020 di Petaling Jaya, Selangor. Fakta menarik, beliau merupakan satu-satunya peserta yang mewakili Sarawak di dalam pertandingan berprestij itu pada edisi 2020. Francisca akan mewakili Malaysia di Miss Universe 2020.

Miss Universe Malaysia 2022 ialah Lesly Cheam.Dia mewakili Malaysia di Miss Universe 2022


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search